SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH
SEJARAH AWAL SEKOLAH INI BERMULA PADA TAHUN 1973, DI
MANA KETIKA ITU BERMULANYA PERLAKSANAAN KELAS PELAJARAN AGAMA DI KAMPUNG SERI
BUNIAN YANG DIWUJUDKAN ATAS KESEDARAN DAN DAYA USAHA BEBERAPA PEMIMPIN
MASYARAKAT KETIKA ITU SEPERTI KETUA KAMPUNG, ENCIK YUSOF BIN ABD RAHIM DAN ANAK
BUAHNYA IAITU ENCIK SYAMSURI, TUAN HAJI SAYUTI, TUAN HAJI MARDININ, TUAN HAJI
DANURI DAN RAMAI LAGI.
SEKOLAH AGAMA SERI
BUNIAN DIKENALI PADA AWAL PENUBUHANNYA DENGAN NAMA SEKOLAH AGAMA KAMPUNG SUNGAI
BUNYI. KEMUDIAN DITUKAR KEPADA NAMA
SEKOLAH AGAMA BATU 33, SUNGAI BUNYI HULU, JALAN JOHOR. SEKOLAH INI TELAH
MENUMPANG SELAMA HAMPIR SUKU ABAD DI BANGUNAN SEKOLAH KAMPUNG SERI BUNIAN YANG
AWALNYA HANYA DIKENALI DENGAN NAMA SEKOLAH MELAYU SERI BUNIAN.
GURU AGAMA YANG PERTAMA
BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI IALAH CIKGU ABDULLAH BIN KASTUBI. BELIAU BERKHIDMAT
DENGAN GIGIH DAN IKHKLAS TANPA JEMU
DENGAN MENERIMA SEDIKIT BAYARAN SAGUHATI YANG DIPEROLEH DARIPADA SUMBANGAN IBUBAPA
MURID YANG BELAJAR. KHIDMAT BELIAU LEBIH MERUPAKAN AMAL JARIAH DAN SUKARELA.
ALHAMDULILAH,
ATAS KEPERIHATINAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR, MAKA PADA AWAL TAHUN 1975,
PIHAL BAITULMAL TELAH MENGELUARKAN SEDIKIT PERUNTUKAN SAGUHATI SEBAGAI
SUMBANGAN SARA HIDUP KEPADA TENAGA PENGAJAR SEKOLAH INI PADA KETIKA ITU.
SETERUSNYA PADA AKHIR TAHUN 1975, CIKGU ABDULLAH BIN KASTUBI TELAH DISERAPKAN
KE JAWATAN GURU AGAMA KERAJAAN JOHOR SEHINGGA TAMAT PERKHIDMATANNYA.HARI BERSEJARAH PADA PENGHUJUNG TAHUN 1996, PIHAK KERAJAAN NEGERI JOHOR TELAH MEMBINA SEBUAH SEKOLAH AGAMA KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DI KAMPUNG SERI BUNIAN MENUNTUT ILMU AGAMA. SEKOLAH TERSEBUT DIKENALI DENGAN NAMA SEKOLAH AGAMA SERI BUNIAN,BATU 33, JALAN JOHOR, PONTIAN.
PADA TANGGAL 2HB MAC 1997, BERSAMAAN 22 SYAWAL 1417 HIJRAH, SEKOLAH AGAMA SERI BUNIAN TELAH DIRASMIKAN BANGUNANNYA OLEH YB. DATUK HJ ABD KADIR BIN ANUAR, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.
SEHINGGA HARI INI, SEKOLAH AGAMA SERI BUNIAN TELAH BANYAK MENCIPTA KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIKNYA DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM. SEMOGA SEKOLAH INI TERUS MAJU JAYA, CEMERLANG DAN GEMILANG SEIRING DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG MENJADI MATLAMAT NEGARA.
No comments:
Post a Comment